cPanel Alternative Untuk Pengguna VPS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jika anda sedang mencari cpanel alternative untuk digunakan didalam VPS, artikel ini pasti bermanfaat. Dan jika ianya baik, jangan lupa kongsikan dengan rakan taulan. Perkara pertama yang selalu menjadi halangan dalam memiliki VPS atau Virtual Private Server adalah halangan dalam nak menggunakannya.

Perkara seperti ini berlaku kerana selama ini anda gunakan shared hosting, anda tidak pernah dibebankan dengan soal harga semasa menggunakan cpanel hosting. Masalah mula berbangkit apabila anda dah siap beli vps tetapi masih tercari – cari cpanel alternatif.

Lesen cPanel Agak Tinggi Harganya

Masalah mula berlaku apabila anda survey harga cpanel, makk aiih. Sebulan $15 untuk running sebuah vps. Tapi $15 ni kosong. Anda cuma dapat beberapa interface sahaja. Softaculous Installer pun tiada. Softaculous harganya $12 setahun atau $1.50 sebulan.

Ada beberapa perkara lagi untuk jadikan vps cpanel anda beroperasi dengan stabil dan memerlukan kos tinggi seperti Immunity 360 yang memberi protection untuk cpanel anda. Kos umminity 360 pula adalah $12 sebulan.

Jika dikira – kira, kos untuk running cpanel dalam vps adalah

  • cPanel USD180 setahun
  • Softaculous USD 12 setahun
  • Immunity USD 144 setahun

Total yang anda perlu bayar adalah USD336 setahun. Sedangkan VPS anda beli baru $5 sebulan atau $60 setahun. Nampak tak kos yang web hosting provider bayar untuk bolehkan mereka running service menjual shared hosting. Namun harga diatas adalah untuk kegunaan personal sahaja. Kalau untuk resell hosting ada penambahan USD20 pada kos tahunan untuk lesen cPanel. Total yang hoster kena sediakan adalah USD356 setahun.

Kerana itu anda lihat harga Shared Hosting adalah lebih mahal daripada harga VPS Hosting. Ini kerana kos untuk mengoperasikan sebuah cpanel hosting memang tinggi. Jika anda gunakan default webserver seperti Apache, ianya percuma sudah siap setup didalam cpanel. Akan tetapi trend webserver yang laju adalah menggunakan Litespeed Webserver berserta LSCache pada tambahan harga USD120 setahun untuk 5 domain. Jika anda nak add on domain lebih dari 5, lain pulak harganya.

Jadi memang tidak mustahil jika anda lihat Fully Managed cPanel Vps Hosting dijual pada harga USD50 keatas sebulan. Ini memang realitinya. Jadi syarikat webhosting, biasanya menggunakan dedicated server untuk menjual balik hosting ini.

Kerana Itu Wujudnya Pelbagai cPanel Alternative Untuk VPS Dan Dedicated Server

Saya sendiri dulu rasa macam nak nangis dengan kos yang tinggi kerana saya ingatkan kalau pakai vps, kita kena pasang cpanel. Rupanya tidak begitu. Apabila anda mempunyai VPS, anda mempunyai FULL CONTROL keatas server anda. Maksudnya, jika ada masalah, anda tidak perlu tunggu pihak hoster untuk setkan sesuatu untuk anda. Sebaliknya anda boleh buat sendiri, walaupun waktu tu sudah jam 3 pagi.

Anda boleh shutdown server anda, reboot, install os baru dan sebagainya. Ia umpama anda beli sebuah komputer, ikut suka andalah nak buat macam mana. Itu kelebihannya bila ada vps sendiri. Namun kekurangannya, anda cuma dapat cpu tanpa monitor. Untuk akses vps anda, anda kena gunakan command line. Dan pastinya anda bukan seorang programmer.

Untuk memudahkan pengguna, maka wujudnya software seperti cPanel. Ia ada interface dan sistem klik – klik sahaja, kemudian anda pun berjaya bina sebuah website. Banyak proses yang telah diautomasikan dibelakang anda.

cPanel Alternative Untuk Run VPS Hosting

Dulu saya telah mencuba beberapa jenis cpanel seperti Centos Web Panel dan VestaCP. CWP percuma, tetapi ada beberapa upgrade membolehkan anda guna ia pada harga $1 sebulan atau $10 setahun. Terlalu murah. Tetapi pengalaman saya menggunakan centos web panel, menunjukkan yang saya sungguh baru dan mentah. CWP adalah sebuah software cpanel yang sangat advanced.

Kemudian saya bertukar kepada RunCloud. Runcloud adalah syarikat milik Orang Malaysia yang dah terkenal seluruh dunia. Ia adakan fungsi yang sama iaitu buatkan interface untuk mudahkan orang menggunakannya, namun jika dibandingkan dengan cpanel, runcloud masih banyak kekurangan. Kos untuk operasikan vps di Runcloud adalah USD15 sebulan.

Saya gunakan Runcloud sekejap sahaja kerana masih leceh dan kena pasang banyak lagi component supaya ia setanding cpanel managemant. Kemudian saya beli sebuah vps lagi. Kali ini pihak hoster siap pasangkan dengan VestaCP dan ternyata VestaCP telah memikat hati saya.

Kosnya PERCUMA.. Pemasangannya juga mudah. Hanya copy 3 baris command line sahaja, sudah siap dibina Vesta Control Panel anda. Semasa explore fungsi didalamnya, saya dapati ia mempunyai semua fungsi asas yang diperlukan. Kecuali ia tidak mempunyai file manager. File Manager perlu diakses melalui FTP client. Itu sudah cukup baik pada saya. Malah ia siap dengan fungsi email, SSL dan softaculous installation.

Untuk softaculous, mereka ada beri bulan pertama free trial. Syaratnya anda kena melanggan lesen bulanan atau tahunan dan mereka akan beri akses 1 bulan tanpa perlu beri detail kredit card. Kalau anda jenis menggunakan backup yang softaculous sediakan, anda boleh teruskan bayaran. Jika guna trial sahaja pun boleh, dan ia takkan efek pemasangan wordpress sedia ada didalam vps anda.

Jika anda juga berminat untuk pasang VestaCP didalam vps anda, anda boleh semak, Cara Setting VestaCP.

 

Hostmantis.com Reseller Hosting80% OFF Anually
Hostmantis.com Reseller Hosting
Reseller Hosting Offer
Dapatkan 80% diskaun pada semua pakej shared, reseller, vps dan dedicated server.
XMAS18

Leave a Reply