Cara Setting VestaCP

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

VestaCP adalah sebuah control panel yang digunakan dalam VPS bagi membolehkan anda memasang laman web didalamnya. Ianya berfungsi seperti cPanel dan sangat mudah dioperasikan. Untuk pengetahuan anda, jika anda mendapatkan VPS dari kami. Hampir separuh proses ini anda perlu buat sendiri. Kerana ia melibatkan Domain Registrar, tempat dimana anda membeli nama domain.

Dalam video pertama ni, saya tunjukkan 1st time login. Bagi yang 1st time, akan rasakan macam page error. Tetapi sebenarnya normal sahaja tu.

 

Dalam video kedua, saya dah settingkan cpanel dengan create domain name server. Iaitu A record, untuk NS1 dan NS2 di hubungkan dengan ip. Kemudian pada peringkat ini anda kena setkan NS1 dan NS2 di domain registrar. Seperti video dibawah, saya tunjukkan cara untuk set NS1 dan NS2 di Namesilo.

 

Setelah anda dah siap setting, tiba masanya untuk semak yang domain dan ip vps, adakah ia sudah pun merge atau belum. Jika belum merge proses seterusnya tidak dapat dilakukan, iaitu pemasangan SSL. Ini kerana SSL akan berjaya dipasang apabila domain dan ip vps dah merge.

 

Apabila telah siap domain anda merge, anda boleh pasangkan SSL mengikut kaedah dibawah. Nanti bila anda add new domain, nama domain baru tersebut akan gunakan NS yang anda create di namesilo tadi dan SSL akan automatik terpasang dalam masa 5 minit.

 

Dalam video dibawah pula, saya tunjukkan cara untuk buat setting FTP untuk VPS anda. Untuk pengetahuan anda, sedikit kekurangan vestacp adalah tidak mempunyai file manager. Oleh yang demikian, proses upload file, perlu dilakukan melalui ftp.

 

Terakhir sekali saya sudah pasangkan dengan Softaculous Installer yang akan memudahkan anda pasang blog wordpress. Akan tetapi, saya cuma pasangkan softwarenya. Anda tidak boleh install lagi. Kosnya murah iaitu $12 setahun untuk maintain softaculous didalam vps anda. Anda juga boleh dapatkan 1 bulan free trial apabila anda signup untuk guna softaculous ini.

Didalam VestaCP ada fungsi PHPmyAdmin, akan tetapi ia muncul apabila anda sudah create database. Anda juga boleh mempunyai webmail sendiri dengan klik menu MAIL untuk setup email akaun.

Proses setting ini cukup mudah dilakukan dan anda hanya perlu lakukannya sekali sahaja. Anda juga boleh buat ia seperti reseller hosting dengan menambah user baru. User baharu, hanya perlu pointkan domain mereka ke DNS anda supaya mereka boleh menggunakan hosting anda.

Namun kelebihannya, hosting anda tidak di kongsi dengan ramai orang seperti didalam shared hosting. Dengan 90% fungsi yang lengkap berbanding cpanel, anda masih boleh running website tanpa kos yang tinggi. Kos anda adalah VPS, Domain dan Softacolous jika anda ingin gunakan ia.

Untuk pengetahuan anda, video – video diatas, saya sediakan untuk para pelanggan yang mendapatkan “Semi Managed VPS Hosting” dari saya. Didalam service ini, saya buatkan setting yang berkaitan command dan anda dapat VestaCP sebagai control panel yang akan memudahkan proses anda nak managed website kelak.

Jika anda berminat dengan service vps yang saya tawarkan ini, sila semak Pakej VPS Disini

Hostmantis.com Reseller Hosting80% OFF Anually
Hostmantis.com Reseller Hosting
Reseller Hosting Offer
Dapatkan 80% diskaun pada semua pakej shared, reseller, vps dan dedicated server.
XMAS18

Leave a Reply