Unlimited Hosting Explain

Salam.

Ada beberapa rakan IM di FB bertanyakan tentang syarikat hosting yang abam guna bagi blog findmehosting.com ini. Abam mendiam kerana ia adalah service terbaik. Paling terbaik abam pernah guna. Yang tanya pula pesaing. Jadi takkan nak dedahkan. Tapi ramai sebenarnya yang cerita hosting itu dan ini tak berapa bagus dan selalu down. Antara soalan yang paling popular abam kerap di tanya adalah tentang “Unlimited Hosting”.

Selalunya abam akan tanya balik, tang mana unlimitednya?

Shared hosting mana ada unlimited. Lainlah kalau ada dedicated server ke, vps ke bolehlah guna istilah unlimited tu. Sebab kita ada full control on everything. Sama juga reseller hosting. Memang possible untuk ada unlimited sebab sistem Web Host Manager tu memang kita yang set. Abam biasanya beli reseller hosting yang ada limit. TAKKAN BELI YANG PAKEJ UNLIMITED!

Kenapa Abam Takkan Beli Unlimited?

Sebabnya abam tak boleh control berapa banyak sebenarnya hosting abam. Langsung have no idea berapa yang abam bayar. Katakan harga bulanan adalah USD20 atau RM80. Pakejnya unlimited, bila abam nak hit 100 buyer untuk pakej unlimited, abam gagal buat kira – kira.

Sekarang ni abam membayar RM80 sebulan untuk 300GB hosting. Berbanding abam bayar RM80 untuk unlimited hosting. Permasalahannya, nak kira kos 1gb tu berapa.

RM80 darab 12 bulan = RM960

RM960 bahagi 300gb = RM3.20

Ini bermakna kos 1GB adalah RM3.20 untuk setahun.

Pakej sedia ada sekarang adalah 5GB.

5GB darab RM3.20 = RM16

Harga yang abam jual adalah RM50 bermakna untung adalah sekitar 200%.

Ini baru tentang harga. Belum lagi tentang support. Support mesti disediakan untuk pelanggan. Walaubagaimanapun abam ada setting sendiri yang membolehkan service web hosting abam boleh running tanpa sediakan 24/7 support. Walaupun fungsi subdomain, add-on domain dan beberapa perkara lagi boleh diset unlimited didalam reseller hosting, tetapi abam takkan beri full access.

Konsep Hosting

Konsep hosting yang abam jual adalah “Performance Hosting” atau “Business Hosting“.

Abam akan beli dan try satu persatu reseller hosting yang ada didalam marketplace. Look for cheap but good. Sehingga abam dah stop atau jarang melawat marketplace tersebut. Sebabnya hosting seperti itu memang wujud. Kalau ia bagus abam cakap bagus. Kalau tak bagus abam refundkan.

Antara fungsi yang perlu diambil kira adalah jumlah RAM yang anda dapat. Seperti hostmantis, ia beri sehingga 4gb ram tetapi abam meraguinya. Salah satu sebabnya, hosting mereka tidak stabil dan agak lembab. Jumlah ram boleh ditulis didalam WHM panel. Jika benar ia beri 4gb ram, kemungkinan masalah kurang stabil adalah disebabkan software configuration yang “tak pandai”.

Selain itu ia mungkin juga disebabkan mereka oversell hosting mereka. Perkara sama berlaku kepada unlimited hosting. Abam tak tau berapa banyak ram, berapa banyak space abam dapat kerana setting unlimited ini dengan mudah akan membuat hosting cepat penuh. Satunya pelanggan sedia ada akan merasakan mereka dapat semua space hosting tu. Mungkin dia juga guna untuk simpan fail sebanyak 10 gb kerana ditulis unlimited, berapa pun boleh masukkan..

Bayangkan 1 rack server dipunyai oleh 10 orang reseller. Kemudian pelanggan mereka bertambah. Setting unlimited. Space sebenar adalah 2TB sahaja. 2 Terabyte bermaksud ada space sebanyak 2000gb. Katakan pembahagian dari hoster adalah 200gb bagi seorang reseller.

Bulan pertama seorang reseller dapat 50 pelanggan. Jika 10 reseller tapi ada seorang ni belum buat sale, jadi ada 9  orang reseller dah mula dapatkan pelanggan sebanyak 50 orang setiap satu reseller. Bermakna 450 pelanggan dah beli.

2000 bahagi 450 = 4.4GB je.

Tapi biasanya setiap pembeli takkan guna sampai 4gb pun. Rata – rata yang beli akan guna kurang 500mb. Kalau heavy sampai 1gb setahun. Kemungkinan sorang lagi tu beli reseller untuk pakai pada client yang buat website sahaja. Kalau rata-ratanya semua menjual, hoster yang tidak oversell hosting mereka takkan melebihi 500 akaun dalam setting seperti ini. Disini adalah setting yang cukup baik.

Tetapi bila dia unlimited, setiap bulan hosting space diguna bertambah. Dengan add on domain juga unlimited. Memang ada user yang akan over rite user lain apabila mereka gunakan lebih banyak dari yang sepatutnya. Itu permasalahan no 1.

Permasalahan no 2. Reseller bayar monthly USD20 sahaja. Tapi bila berlaku pertambahan user, harga mereka tetap sama. Tetapi anda rasa hoster akan tambah lagi rack server yang baru ke? Harga bayar sama je, jadi hoster yang bijak mungkin menaikkan harga supaya kualiti terjamin. Sebagai contoh, pada pihak reseller dikenakan harga USD20 untuk 50 akaun. Jika target nak jual lebih banyak akaun, kena tambah duit lagi.

Tapi Sebab Nak Nampakkan Hosting Mereka Berbaloi, Hoster Yang Kurang Bijak Akan Letak 1 Harga Untuk Unlimited Account. Tetapi Perkara Ini Dilakukan Oleh Rata – Rata Syarikat Hoster Yang Duduk 1st Page Google.

End User yang beli shared host dari reseller merasakan yang hostingnya unlimited, akan sumbat banyak testing blog yang rata – ratanya tak bawa hasil. Buat berat hosting sahaja. Padahal ikut setting mereka dapat 4gb sahaja.

Reseller yang hostingnya ikut setting hanya 200gb. Lepas sebulan ada 50 pelanggan. Setting setiap pelanggan jadi 4gb pada akhir bulan pertama. Pada bulan kedua, tambah 50 pelanggan baru. Setting bagi setiap pelanggan yang berjumlah 100 orang itu akan jadi 2gb seorang. Pada bulan ketiga, beliau ada 100 pelanggan baru. Pembahagian hosting setiap pelanggan sudah jadi 1gb sahaja. Walaupun pada sistem ditulis unlimited.

Apa yang berlaku, reseller hosting akan mula sengsara nak mengadap complaint pelanggan. Hosting jadi semakin slow – melow dan mudah crash, tanpa dia tahu apa masalahnya. Reseller yang cerdik sikit akan buat setting not unlimited pada reseller pakej unlimited yang dia subscribe. Tapi pelanggan dia cukup 50 orang dia stop ambil new customer.  Rugilah xde income for next coming month.

Pelanggan abam so far ada 10 orang yang guna 5gb tu, tapi tak pernah ada complaint. Sama juga pada 100 akaun yang abam pernah beri 6 bulan lalu. Kalau ada pun seorang tu guna hosting sampai overload dan site beliau kena suspend dan dia tidak reply email. Itu dah langgar tos. Seorang lagi ada problem dengan smtp dan ia dah solve. Seorang lagi masalah terlupa kata laluan. Serius 110 user cuma 3 masalah.

Kalau abam nak oversell hosting, pun boleh je. Tapi nanti problem acaner. Main income abam banyak bergantung pada hosting ni dan juga vps murah yang abam guna. Tetapi income abam melalui service website dan blog. Kalau abam buka pun orang tak minat nak beli sebab abam guna limitation 5gb tu boleh install 10 website sahaja. Max depa guna biasanya 1gb.

So kat sini mereka nampak yang mereka tak boleh guna baki host tu sebab terlimit dengan 10 web sahaja. Sebenarnya jika mereka nak guna untuk mail hosting ke, still no problem. Tapi sebenarnya bagi nak melancarkan hosting yang korang guna, lebihan 4gb tu memang perlu ada. Max 40% sahaja space hosting korang boleh guna.

Yang lebih 60% tu dikosongkan, even dalam mana – mana hosting yang korang guna. Insyaallah website loading akan laju, server response time juga akan cepat. Namun perkara ni tidak terpakai pada unlimited hosting. Harga mahal sebab anda ingat anda bayar untuk something yang unlimited, tetapi sebenarnya kalau anda tidak tambah sebarang projek baru pun, space hosting anda akan menyusut disebabkan pertambahan user baru. Itu buruknya unlimited hosting.

Ada Cara Nak Resolve Problem Ni Tak?

Mestilah ada. Cara paling berkesan adalah pindah host dapatkan hosting yang baik. Abam tak buka untuk jualan hosting abam ni. Abam guna dia untuk serve cust yang ambil pakej buat blog dan website. Exclude  maintenance RM3k setahun.

Jadi cara lain anda mungkin boleh dapatkan akaun wpmudev dari abam. Akaun abam boleh guna untuk 1000 domain. Dan abam bayar monthly USD49/RM219. Setahun RM2628.

Tetapi jika anda berminat untuk guna untuk 1 – 3 blog, dan tak mahu bayar mahal macam tu, anda boleh dapatkan dari saya. Harganya cuma:

  • RM70 – 1 Blog
  • RM120 – 2 Blog
  • RM150 – 3 Blog

Ini untuk langganan setahun dan saya ada billing software dengan menggunakan wpmudev punya membership plugin. Lepas setahun dia akan hantar email untuk bayaran tahun seterusnya.Dalam wpmudev ni ada 125 plugin pelbagai guna. Antara yang wajib guna adalah WP Hummingbird Pro. Dia ada fungsi untuk compress, zip, cache, minify kesemua perkara yang biasanya load satu persatu yang menyebabkan blog wp anda lambat. Blog saya yang ini load dalam 2.2 saat selepas menggunakan Hummingbird Pro.

Selain tu ada juga Defender Plugin yang akan scan blog anda. Terutamanya jika anda suka guna null script.  Biasanya sharer itu akan masukkan code yang akan mencuri trafik di website anda. Defender akan buat regular scan dan hantar email beritahu jika ada gangguan dan sebagainya.

WP Smush Pro pula akan mengecilkan saiz gambar tanpa terjejas kualitinya. Jadi website lagi cepat load.  Banyak sekali fungsi premium plugin dan juga ia support banyak bagi kegunaan wpmu punya website. Selain tu, anda juga bole semak wordpress plugin library yang sememangnya ada berbagai jenis plugin yang dapat melajukan blog anda. Kelebihan wpmudev punya plugin ni, dengan hummingbird dia buat 5 job sekaligus. Yang mana kalau kaedah percuma anda kena pasang 4 plugin atau lebih untuk dapat semua fungsi ni.

Jadi jika anda merasakan blog anda perlukan fungsi laju pada blog dan tak nak kena bayar terlalu mahal, invesment rm70 setahun tu dah memadai. Bisnes boleh lebih kencang.  Jika berminat boleh dapatkan plugin wpmudev melalui link ini.

Hostmantis.com Reseller Hosting80% OFF Anually
Hostmantis.com Reseller Hosting
Reseller Hosting Offer
Dapatkan 80% diskaun pada semua pakej shared, reseller, vps dan dedicated server.
XMAS18

Leave a Reply