Reseller Hosting Terbaik Abam Pernah Guna

Reseller hosting terbaik yang abam pernah guna ni adalah hosting yang abam cerita semalam dalam pos Unlimited Hosting Explain. Jadi still ada yang pm di fb dan bertanyakan reseller hosting terbaik yang abam guna dalam blog findmehosting.com ni. Hehehe.. Kena tak konsep blog dan nama domain yang abam pilih?

Reseller Hosting Terbaik

Salah seorang yang bertanya benar – benar perlukan hosting sekitar 100GB untuk company beliau berkerja. Jadi abam pun berilah link hosting yang abam guna. Beliau bercadang untuk beli pakej 150gb kerana itu yang paling murah atau paling kecil. Pakej yang abam ambil adalah yang kedua iaitu 300gb. Beza harga permulaan dengan pertengahan adalah $5 dan penambahan jumlah space adalah 150gb lagi menjadi 300gb.

 

Berbanding dengan harga bagi pakej extreme, beza harga $10 tetapi cuma dapat tambahan 100gb sahaja. Jadi abam rasa pilihan yang paling baik adalah bagi pakej yang tengah – tengah tu. Selain itu, apa bestnya menggunakan hosting ni adalah fungsi yang dalam petak merah tu.

Jika pakej kecil ia tiada LSCache tu. Ia adalah satu software untuk lajukan webserver. Sistem webserver yang menggunakan Litespeed memang dah dikenali sebagai 9x lebih pantas dari sistem webserver menggunakan apache. Dengan adanya LS-Cache atau Software Litespeed Cache, hosting ini menjadi sehingga 30x lebih pantas dari apache hosting. Dengan configuration yang bijak ia dikenali sebagai HTTP/2 Push yang menjadikan content didalam hosting ini automatik di optimize supaya cepat loadingnya.

Selain itu server – server yang digunakan merupakan jenis high end processor. Berkesan dengan harganya yang boleh tahan juga. Walaupun kos permulaan adalah RM60 dan monthly yang abam tanggung adalah RM80 itu agak tinggi, tetapi abam sangat berpuas hati dengan penggunaannya.

Semasa abam mencari review tentang reseller hosting terbaik ini, abam dapati banyak review 5 bintang. Tetapi bukan pada shared hosting atau reseller hosting, sebaliknya level VPS Hosting dan Dedicated Server punya review. Susah nak jumpa yang kata tidak berpuas hati. Sebaliknya mudah nak jumpa review 4 dan 5 bintang menyatakan mereka sangat berpuashati dengan kualiti vps dan support.

Sebagai contoh, seorang pelanggan menyatakan yang beliau mahu pindahkan hosting dari hosting lama ke hosting baru. Jika di GoDaddy mempunyai support yang paling malas sekali. Support di GoDaddy biasanya akan reply knowledgebase article cara buat sendiri untuk pindah hosting. Ada hoster lain yang berikan video dari youtube. Ada yang mengenakan bayaran. Namun jika di syarikat hosting yang abam namakan WHP ini, menurut pelanggan tersebut; James dari WHP telah bantu pindahkan webhosting beliau dalam masa 2 jam selepas beliau membeli.

abam tersenyum sendirian. Sudah lebih 5 bulan abam menggunakan reseller hosting terbaik WHP ini. Memang okey sangat rasanya menggunakan WHP ini. Hampir tiada masalah menggunakan hosting ini. Dari segi support memang dalam setengah jam ke sejam dia dah reply.

Support Untuk Pelanggan Kita

Support untuk pelanggan kita dia tidak nyatakan, tetapi pengalaman abam menggunakan mana – mana reseller hosting sebelum ni, hampir semuanya sudi membantu. Sebagai contoh ada pelanggan yang membuat spam menggunakan hosting dan fungsi cron job. Akhirnya facebook report kepada WHP dan akaun beliau telah di suspend. Dalam keadaan ni, abam hubungi pihak WHP untuk memaklumkan tentang perkara ini pada jam 1.51 petang. Mereka reply dalam 6 minit dan tanyakan nama domain yang disuspend pada jam 1.57. Dan menjelang jam 2.23 petang, mereka reply seperti dibawah.

 

abam tau software yang client guna tu more kepada spamming method. So abam nyatakan yang hosting dah boleh guna, tapi script yang beliau guna tu tak boleh guna didalam hosting ini. Dari segi support memang tip-top. Malah berkaitan masalah pelanggan, biasanya mana – mana hoster pun sudi membantu.

Dulu Masa Beli abam Tak Cek Review Dulu

abam mencuba berbagai hosting company. Tetapi company WHP juga yang bertahan sebagai reseller hosting terbaik masakini. Masa tu abam langsung tidak terfikir pasal nak baca review di Google. Tapi selepas dah guna, ternyata pendapat abam yang whp memang syarikat hosting terbaik.

Untuk pengetahuan, WHP ni ada juga tawarkan pakej Shared Hosting, tetapi pakej unlimited lebih mahal dari reseller hosting. So menampakkan yang depa tak prefer untuk serve pelanggan dalam kategori newbie yang biasanya ambil shared hosting. Mengadakan dummy shared hosting hanya untuk kegunaan seo dan niche targeting didalam Google.

Mereka juga menjual Managed dan Unmanaged VPS serta Dedicated Server. Ini adalah level kemahiran mereka membuat bisnes berkaitan server dan hosting. Manakala kita web designer, blogger, business owner pasti perlukan solusi terbaik pada harga yang sangat baik dan murah, untuk memastikan kelangsungan perniagaan.

Jadi Apakah Nama Hosting Yang Terbaik Ini?

Namanya Adalah Web Host Python dan anda patut lawati laman mereka. Btw gambar diatas tu pinjam header snake depa yang super cool tu.

Bagi yang berminat untuk beli Reseller Hosting Terbaik ini, sila gunakan Coupon Code HD50 untuk mendapatkan diskaun 50% untuk bulan pertama. Semak laman Web Host Python Disini

Hostmantis.com Reseller Hosting70% OFF Anually

Hostmantis.com Reseller Hosting

Reseller Hosting Offer
Dapatkan 80% diskaun pada semua pakej shared, reseller, vps dan dedicated server.
CopyTW70OFF

4 thoughts on “Reseller Hosting Terbaik Abam Pernah Guna”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *